Sunday, February 22, 2009

LAMAN SENI PUTRAJAYA

Pada 21 & 22 Februari 2009 (Sabtu dan Ahad) lepas, Balai Seni Lukis Negara (BSLN) melalui Cawangan Pembangunan Seni telah menyertai Laman Seni Putrajaya kali ke 19 bertempat di Dataran Putra, Presint 1, Putrajaya. Seramai 16 staff BSLN daripada semua bahagian terlibat manakala staff Koleksi dan Konservasi yang terlibat iaitu Mohd Nazereq & Mohamad Nur Rahimi Norazmi. Terbahagi kepada 5 bidang tugasan iaitu bengkel pendidikan seni, mendirikan pameran, jualan penerbitan, pengankutan dan dokumentasi. Pendidikan seni dibawah kelolaan En. Shamsul dan En Asiff menguruskan bengkel cat air dan bengkel seramik. Tenaga pengajar bengkel cat air iaitu Haji Mohd Sani Md Dom manakala bengkel seramik diajar oleh En. Goh dan rakan-rakanya. Di bawah Bahagian Pameran diselia En. Anuar telah berjaya mendirikan pameran lukisan Warisan Kebangsaan. Sebanyak 22 karya Warisan Kebangsaan (re-production) BSLN dipamerkan di sini. Sepanjang 2 hari program berjalan di sini, matlamat penganjuran Laman Seni Putrajaya menerusi Bengkel seni lukis, seramik dan pameran lukisan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Program ini harus diteruskan pada masa akan datang agar seni terus dekat dengan rakyat. Sekian...Art for all!

2 comments:

  1. rajinnya tuan hamba tolong melapor..bagus le tolong-tolong sesama balai

    ReplyDelete
  2. Ia berkaitan kerana dengan Karya Warisan Kebangsaan (re-production) telah dibawa bersama untuk dipamerkan di LSP. Terpaksalah dipukul rata laporan ini agar lengkap..

    ReplyDelete