Wednesday, December 9, 2009

DOKUMENTASI DAN PENGAMBILAN KARYA DI STUDIO PELUKIS HUSIN HOURMAIN


Satu sesi dokumentasi dan pengambilan karya di studio pelukis, En Husin Hourmain pada 11.11.2009. Staf koleksi yang diketuai oleh Kurator Amerrudin Ahmad telah dibantu oleh Baktiar & Fairus. Terima kasih juga kepada kamera man kita iaitu Akmal.

PEMULANGAN KARYA KE RUMAH DATUK SYED AHMAD JAMAL

Idham, pelatih praktikal UIA bersama Datuk Syed Ahmad Jamal

Datuk Syed Ahmad Jamal sedang memeriksa senarai lukisan beliau sambil diperhatikan oleh Azizi.

Pada 12.11.2009 kami staff Koleksi telah pergi ke rumah Datuk Syed Ahmad Jamal untuk memulangkan 7 keping lukisan koleksi beliau selepas pemilihan untuk Pameran Syed Ahmad Jamal:PELUKIS.

PENGHAKIMAN CATAN MURALIS 1MALAYSIA

Chong Lai Tong sedang berbincang sesuatu dengan Ismail Mustam sambil diperhatikan Zulkifli Yusoff dan Ahmad Fuad.

Juri sedang tekun membuat penilaian.

5 juri yang berpengetahuan...

Pada 17.9.2009 yang lalu, bertempat di Auditorium BSLN seramai 5 juri menghakimi pertandingan Catan Muralis 1Malaysia. Antara juri yang dijemput BSLN ialah En Chong Lai Tong, En. Ismail Mustam, En. Zulkifli Yusoff, En. Ahmad Fuad Osman dan En. Suhaimi Fadzir.
PERTANDINGAN CATAN MURALIS KONTEMPORARI 1MALAYSIA
Mural secara asasnya adalah merujuk kepada konsep pelaksanaan 'Public Art'. Kebiasaanya hasilnya sesuatu projek 'Public Art' adalah aktiviti yang diadakan di ruang awam, melibatkan interaksi orang ramai dan penghasilan karya seni yang kadang kala dapat direka cipta bersama, boleh dihasilkan secara gotong royong dan dinikmati oleh masyarakat secara terus.
Pertandingan ini terbuka kepada wargangara Malaysia tidak mengira umur dan latar belakang. Tema adalah berkaitan dengan wawasan 1Malaysia yang merangkumi perlakuan, sikap, tuturkata dan jati diri serta berkaitan dengan perkara-perkara yang murni dan positif yang dapat dijadikan teladan baik dan ikutan individu lain dan hendaklah mengandungi semua lapan nilai 1Malaysia iaitu Budaya Kecemerlangan, Ketabahan, Rendah Hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi, Intergriti dan Pendidikan.
Sejajar dengan hasrat YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menjadikan luisan catan bersaiz besar yang mudah alih sebagai tarikan sentral masyrakat khususnya golongan muda dan peminat seni bagi menghayati konsep 1Malaysia wawasan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ke 6.

Tuesday, November 3, 2009

MAJLIS PENYERAHAN KARYA HADIAH DARI PELUKIS CEBU, PHILIPPINES



Isnin, 3.11.2009 - Bertempat di Galeri Dunia Seni Lukis, Cheras, satu Majlis Penyerahan Karya sebagai hadiah untuk Balai Seni Lukis Negara telah diadakan. BSLN diwakili oleh Tuan Pengarah PSKK, En. Haned Masjak telah menerima karya tersebut daripada pelukis-pelukis Cebu, Philippines. Sebelum majlis penyerahan karya berlangsung, satu acara sketch wajah En. Haned telah berlangsung. Seramai lima orang pelukis Cebu telah membuat sketch dari palbagai posisi (kiri,kana,depan dan belakang). Hasil sketch itu kemudianya dihadiahkan kepada Tuan Pengarah PSKK kita untuk dibuat hadiah kenang-kenangan buah tangan dari pelukis Cebu, Philippines. Kami dari Unit Koleksi mengucapkan terima kasih kepada Galeri Dunia Seni Lukis dan juga Artitscebuex atas hadiah yang diberikan. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

LAWATAN WAKIL DARI BALAI SENI LUKIS KELANTAN KE REPOSITORI BSLN


Pada hari Khamis, 29.10.2009, lima orang wakil dari Balai Seni Lukis Kelantan yang dibarisi oleh Dato' Takiyuddin Hassan, YB. Zainuddin, En. Ruslan Yusof, Tn. Hj Ahmad Mahmood dan En. Azimin Omar telah membuat lawatan ke dalam repositori BSLN untuk melihat sendiri cara penyimpanan karya yang ada di dalam Himpunan Tetap Koleksi BSLN. Diketuai oleh En. Amerrudin Ahmad yang memberi taklimat & penerangan keseluruhanya kepada wakil rombongan. Kami dari Unit Koleksi merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil yang hadir. Selamat maju jaya kepada Balai Seni Lukis Kelantan.

Sunday, October 18, 2009

JAMUAN HARI RAYA BAHAGIAN KOLEKSI DAN KONSERVASI

Diantara Juadah yang terhidang
Tim Knk sedang bergempur
En Ismail dan A,j sedang menunjukkan tembikai isyarat SEDAP...ZASS

Sempena Aidilfitri, Tim Knk menyambutnya dengan jamuan simple tapi enak dan memuaskan hati semua. Jamuan tertutup ini, di warnai dengan pelbagai juadah seperti nasi lemak fairus made in klang, mee sup pak mael bukit beruntung, kek lapis sarawak, kacang cap tangan, tembikai, pisang, kueh mueh..sungguh menyelerakan tapi sayang en. amer tiada ketika majlis berlangsung kerana beliau ke China atas arahan kerja..selamat menjamu selera

Wednesday, September 30, 2009

9 ARCA KOLEKSI HIMPUNAN TETAP BSLN DIPAMERKAN DI STARHILL GALLERY BERSEMPENA DENGAN ART FESTIVAL 2009 BERMULA 1 HINGGA 31 OKTOBER 2009

Joseph Liu dan Brother Baha sedang bergambar kenang-kenangan di arca Ahamad Osni Peii

Di Tingkat Indulge...4 arca dipamerkan...

En Bad, Bro Jep dan Bro Baha sedang bertungkus lumus memasang karya Tan Vooi Yam...korang memeng hebat!!!

Rabu, 30.09.2009 - Sebanyak 9 arca Himpunan Tetap BSLN dipamerkan di Starhill Gallery sempenan dengan pameran Art Festival 2009 - PASSION. Antara arca yang dipamerkan di tingkat Adore, Starhill Gallery ialah LIM NAN SENG-Pain in The Toe, CHAN TECK HENG-Akhirnya!-The Last, MAD ANUAR ISMAIL-Keris Handle, AHMAD OSNI PEII-Carmina Burana dan ARIFFIN ISMAIL-Taming Sari III. Manakala di tingkat Indulge pula mempamerkan 4 buah arca dari MAD ANUAR ISMAIL-Calligraphy, 2 buah arca dari RAJA SHAHRIMAN RAJA AZIDDIN-Semangat Besi no.34 dan Nafas 36 dan arca seramik dari TAN VOOI YAM-Menara 96. Kesemua arca ini dibawa dari BSLN ke Starhill Gallery menggunakan perkhidmatan lori 3tan dari syarikat swasta beserta 2 orang pekerja. Trip ke Starhill Gallery ni diketuai oleh Assistant Curator, En. Baktiar dan dibantu oleh 3 staff Koleksi dan Konservasi iaitu Ujang, Brother Baha dan Brother Jep. Hasil kesabaran dan komitmen kerja, kesemua arca berjaya ditempatkan di Sathill Gallery dengan selamat dan meninggalkan 9 arca Himpunan Tetap BSLN untuk tatapan umum. Selamat Maju Jaya Art Festival 2009-PASSION!

Thursday, September 3, 2009

PENYIMPANAN TEKSTIL




Penyimpanan koleksi tekstil selepas pameran Susurmasa di lakukan dengan penuh teliti, pembungkusan, label dan simpanan perlulah dilakukan agar mudah di akses oleh penjaga stor khazanah negara.

WAYANG KULIT



Penyimpanan koleksi seni rakyat wayang kulit daripada Tukang Karut tersohor iaitu Dollah Baju Merah. Rak khas di cadangkan untuk menempatkan koleksi wayang kulit ini namun masih di dalam pertimbangan. Maka koleksi ini di simpan di dalam rak besi bersama silica gel.

Tuesday, September 1, 2009

PENYIMPANAN KOLEKSI FOTOGRAFI LWT




Penyimpanan semula karya - karya koleksi fotografi LWT yang hampir dilupakan kerana staf koleksi terikat dengan bebanan kerja yang pelbagai. Dan minggu ini,tim koleksi telah menyempurnakan penyimpanan ini. Alhamdulillah...

70%


Seminggu lepas, tim koleksi mengemaskini karya - karya daripada pameran SUSURMASA untuk di kembalikan di lokasi asal. Sempena bulan Ramadhan, kerja - kerja ini dilakukan dengan berjadual dan hampir 70% karya berlatarkan kanvas telah di gantung ke lokasi asal.

Sunday, August 23, 2009

PENGAMBILAN KARYA ARKIVAL SYED AHMAD JAMAL.



En Zahud penuh dedikasi memerhati kerja kerja pembungkusan karya arkival



En Zahud dan Ujang sedang membalut karya arkival SAJ




11 Ogos 2009,
Tim Knk membantu tim pameran untuk kerja - kerja pengendalian koleksi arkival Datuk Syed Ahmad Jamal sempena pameran beliau yang akan berlangsung pada bulan Sept 2009. Tim pameran yang diketuai oleh Hasyimah, Tan Sei Hon dan kurator jemputan Dr Ruzzaika Omar serta 3 0rang dari koleksi iaitu en Zahud, Ujang dan Bard. Semuanya berjalan lancar

Friday, August 21, 2009

PROGRAM MENGHASILKAN KARYA SENI BERMOTIFKAN HIDUPAN LIAR DI ATAS HOOD KERETA NASIONAL DI BSLN DARI 19 OGOS HINGG 18 SEPTEMBER 2009














Tujuan

Tujuan program ini adalah untuk mengutarakan suara kebimbangan akibat kepupusan jenis-jenis hidupan liar di Malaysia dengan teknik lukisan berus angin (air brush) di atas hood kereta Nasional seperti Wira, Kembara, Kancil, Juara, Myvi, Perdana dan Kelisa. Program ini juga menjadi platfom untuk melatih staff BSLN menggunakan peralatan air brush untuk melukis dan juga teknik untuk pengetahuan di masa hadapan. Untuk program ini, BSLN menjemput pelukis, Muhamad Noor bin Md Yussoff a.k.a Tony MDY didatangkan khas dari W.P labuan. Mari kita lihat biodata beliau.



Biodata
Muhamad Noor bin Md Yussoff a.k.a Tony MDY dilahirkan pada tahun 1967 di Kota Belud, Sabah dan kini beliau menetap di Miri, Sarawak. Beliau merupakan pelukis berus angin yang memulakan karier pada tahun 1985. Hingga kini beliau mempunyai dua buah bengkel lukisan berus angin iaitu di Miri dan di Labuan. pada mulanya beliau bergerak secara solo sebagai pelukis berus angin bebas. Beliau pernah berkarya dan menyertai jemputan di Kuala Lumpur, Thailand, Brunei, Sabah, Sarawak dan Labuan. Karya beliau tidak hanya terbatas dipermukaan kanvas sahaja malah permukaan seperti kereta, motosikal, jet-ski, dinding (mural) hinggalah pada badan manusia (body art) menjadi antara latar kepada hasil karya beliau.
Pembabitan aktiviti dan pameran
1988-1990 : 1Borneo Sabah Exhibition Expo
1991-1997 : 1Borneo Sarawak Exhibition Expo
1998 : 1st Kuala Lumpur International Motor Show
1999-2000 : Brunei Motor Art Exhibition
2001 : Phuket Thailand
2002-2009 : Labuan Borneo Visual Art Exhibition, July 1st - 14th
2009 : 1Malaysia Mural Project Langkawi, Kedah

Layari: http://www.borneocolors.com/

Wednesday, August 19, 2009

Selamat Menyambut tahun Kemerdekaan ke - 52


Karya yang telah siap di pasang


En Jazmi melihat Zulkifli Yusof memasang karyanya


Tim KnK membantu Zulkifli Yusoff untuk pemasangan karya instalasi Merdeka 57.


En Azizi, Imi dan Man sedang memasang panel karya.

Selasa 18 July 2009, Pemasangan karya Instalasi Merdeka 57 oleh Zulkifli Yusof di hadapan pintu masuk utama BSLN menjadi tarikan untuk pengunjung yang melawat BSLN. Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara yang ke 52 Tahun.

Tamatnya sebuah SUSURMASA


Pembungkusan karya Tan Vooi Yam untuk dipulangkan.


En. Fyrus sedang tekun membungkus karya.


En. Mus dan Pn Dila sedang menyimpan karya seni rakyat , Wayang Kulit


En Ismail, Zahud, dan Ujang sedang menurunkan karya fotografi.


Rabu, 29 July 2009,

Ruang besar Pameran SUSURMASA telah pun tamat, kami tim Knk sedang menurunkan karya koleksi tetap yang dipamerkan di Galeri 1A. Semuga sepanjang masa yang diberikan dapat memberi manafaat kepada pengunjung memahami susurmasa seni visual moden Malaysia. Terima kasih

Tuesday, June 30, 2009

SOTO DAN AIR RIBENA


Sudah penat menggantung karya, mari menjamu selera dengan soto dan air ribena. burrrrrrrghh Alhamdulillah.

KARYA UNTUK HIASAN DI KPKK SEMPENA 1 MALAYSIA





Tim Knk menyempurnakan sebuah misi khas, menggantung karya sebagai perhiasan sempena 1Malaysia di KPKK. Tugas ini di sempurnakan dengan baik, cekap dan efisyen. Tahniah.

Sunday, June 21, 2009

KOLEKSI CD




Koleksi CD ini adalah projek terbaru Unit Koleksi. Sebanyak 121 keping CD diletakkan di dalam dry cabinet untuk simpanan dan rujukan. Terbahagi kepada 4 kategori tajuk iaitu :- Perolehan, Pelukis, Inventori dan Galeri. Setiap CD dibuat kulit muka depan dan belakang beserta nombor kording CD mengikut kategori tajuk. Setelah siap membuat kulit muka dan nombor kording, CD ini disimpan di dalam dry cabinet. Bagi mana-mana Cawangan atau Unit yang ingin meminjam koleksi CD ini boleh berurusan dengan Baktiar (Pen. Kurator Unit Koleksi) dengan prosedur yang telah ditetapkan.

Friday, June 12, 2009

BELASUNGKAWA


HJ MANSOR GHAZALI dalam kenangan....Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya...Al-Fatihah...

Tuesday, June 2, 2009

PEMASANGAN KARYA SEBAGAI HIASAN DINDING DI KEKKWA

Kerja - kerja mengantung karya dilakukan dengan berhati - hati.
Karya - karya yang telah dipilih sebagai hiasan dinding KEKKWA

Belakang tabir: Orang - orang kuat Knk, steady bai

Pemasangan karya himpunan tetap BSLN sebagai hiasan dinding KEKKWA. Orang kuat didalam misi khas ini ialah En Fairus dan di bantu oleh En Azizi, Nazereq, Rusli, Zahud, Rahimi.

Monday, May 25, 2009

LAWATAN CADANGAN PEROLEHAN KE STUDIO JERI AZHARI


En Amerr dan Karthik (pemandu BSLN) merehatkan diri setelah seharian melawat studio artis.

Lawatan cadangan perolehan ini telah di hadiri oleh En Amer,Baktiar dan Karthik ke studio pelukis Allahyarham Azhari atau lebih dikenali sebagai Jeri Azhari di Jalan Maarof, Bangsar pada 22 Mei 2009, pukul 6.00 p.m. Ketibaan kami di sambut baik oleh Kak Sita dan sesi temubual dijalankan oleh En Amer. Beberapa karya dipilih untuk diangkat sebagai cadangan.