Wednesday, December 9, 2009

DOKUMENTASI DAN PENGAMBILAN KARYA DI STUDIO PELUKIS HUSIN HOURMAIN


Satu sesi dokumentasi dan pengambilan karya di studio pelukis, En Husin Hourmain pada 11.11.2009. Staf koleksi yang diketuai oleh Kurator Amerrudin Ahmad telah dibantu oleh Baktiar & Fairus. Terima kasih juga kepada camera man kita iaitu Akmal.

PEMULANGAN KARYA KE RUMAH DATUK SYED AHMAD JAMAL

Idham, pelatih praktikal UIA bersama Datuk Syed Ahmad Jamal

Datuk Syed Ahmad Jamal sedang memeriksa senarai lukisan beliau sambil diperhatikan oleh Azizi.

Pada 12.11.2009 kami staff Koleksi telah pergi ke rumah Datuk Syed Ahmad Jamal untuk memulangkan 7 keping lukisan koleksi beliau selepas pemilihan untuk Pameran Syed Ahmad Jamal:PELUKIS.

PENGHAKIMAN CATAN MURALIS 1MALAYSIA

Chong Lai Tong sedang berbincang sesuatu dengan Ismail Mustam sambil diperhatikan Zulkifli Yusoff dan Ahmad Fuad.

Juri sedang tekun membuat penilaian.

5 juri yang berpengetahuan...

Pada 17.9.2009 yang lalu, bertempat di Auditorium BSLN seramai 5 juri menghakimi pertandingan Catan Muralis 1Malaysia. Antara juri yang dijemput BSLN ialah En Chong Lai Tong, En. Ismail Mustam, En. Zulkifli Yusoff, En. Ahmad Fuad Osman dan En. Suhaimi Fadzir.
PERTANDINGAN CATAN MURALIS KONTEMPORARI 1MALAYSIA
Mural secara asasnya adalah merujuk kepada konsep pelaksanaan 'Public Art'. Kebiasaanya hasilnya sesuatu projek 'Public Art' adalah aktiviti yang diadakan di ruang awam, melibatkan interaksi orang ramai dan penghasilan karya seni yang kadang kala dapat direka cipta bersama, boleh dihasilkan secara gotong royong dan dinikmati oleh masyarakat secara terus.
Pertandingan ini terbuka kepada wargangara Malaysia tidak mengira umur dan latar belakang. Tema adalah berkaitan dengan wawasan 1Malaysia yang merangkumi perlakuan, sikap, tuturkata dan jati diri serta berkaitan dengan perkara-perkara yang murni dan positif yang dapat dijadikan teladan baik dan ikutan individu lain dan hendaklah mengandungi semua lapan nilai 1Malaysia iaitu Budaya Kecemerlangan, Ketabahan, Rendah Hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi, Intergriti dan Pendidikan.
Sejajar dengan hasrat YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menjadikan luisan catan bersaiz besar yang mudah alih sebagai tarikan sentral masyrakat khususnya golongan muda dan peminat seni bagi menghayati konsep 1Malaysia wawasan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ke 6.

Tuesday, November 3, 2009

MAJLIS PENYERAHAN KARYA HADIAH DARI PELUKIS CEBU, PHILIPPINES



Isnin, 3.11.2009 - Bertempat di Galeri Dunia Seni Lukis, Cheras, satu Majlis Penyerahan Karya sebagai hadiah untuk Balai Seni Lukis Negara telah diadakan. BSLN diwakili oleh Tuan Pengarah PSKK, En. Haned Masjak telah menerima karya tersebut daripada pelukis-pelukis Cebu, Philippines. Sebelum majlis penyerahan karya berlangsung, satu acara sketch wajah En. Haned telah berlangsung. Seramai lima orang pelukis Cebu telah membuat sketch dari palbagai posisi (kiri,kana,depan dan belakang). Hasil sketch itu kemudianya dihadiahkan kepada Tuan Pengarah PSKK kita untuk dibuat hadiah kenang-kenangan buah tangan dari pelukis Cebu, Philippines. Kami dari Unit Koleksi mengucapkan terima kasih kepada Galeri Dunia Seni Lukis dan juga Artitscebuex atas hadiah yang diberikan. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

LAWATAN WAKIL DARI BALAI SENI LUKIS KELANTAN KE REPOSITORI BSLN


Pada hari Khamis, 29.10.2009, lima orang wakil dari Balai Seni Lukis Kelantan yang dibarisi oleh Dato' Takiyuddin Hassan, YB. Zainuddin, En. Ruslan Yusof, Tn. Hj Ahmad Mahmood dan En. Azimin Omar telah membuat lawatan ke dalam repositori BSLN untuk melihat sendiri cara penyimpanan karya yang ada di dalam Himpunan Tetap Koleksi BSLN. Diketuai oleh En. Amerrudin Ahmad yang memberi taklimat & penerangan keseluruhanya kepada wakil rombongan. Kami dari Unit Koleksi merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil yang hadir. Selamat maju jaya kepada Balai Seni Lukis Kelantan.

Sunday, October 18, 2009

JAMUAN HARI RAYA BAHAGIAN KOLEKSI DAN KONSERVASI

Diantara Juadah yang terhidang
Tim Knk sedang bergempur
En Ismail dan A,j sedang menunjukkan tembikai isyarat SEDAP...ZASS

Sempena Aidilfitri, Tim Knk menyambutnya dengan jamuan simple tapi enak dan memuaskan hati semua. Jamuan tertutup ini, di warnai dengan pelbagai juadah seperti nasi lemak fairus made in klang, mee sup pak mael bukit beruntung, kek lapis sarawak, kacang cap tangan, tembikai, pisang, kueh mueh..sungguh menyelerakan tapi sayang en. amer tiada ketika majlis berlangsung kerana beliau ke China atas arahan kerja..selamat menjamu selera

Wednesday, September 30, 2009

9 ARCA KOLEKSI HIMPUNAN TETAP BSLN DIPAMERKAN DI STARHILL GALLERY BERSEMPENA DENGAN ART FESTIVAL 2009 BERMULA 1 HINGGA 31 OKTOBER 2009

Joseph Liu dan Brother Baha sedang bergambar kenang-kenangan di arca Ahamad Osni Peii

Di Tingkat Indulge...4 arca dipamerkan...

En Bad, Bro Jep dan Bro Baha sedang bertungkus lumus memasang karya Tan Vooi Yam...korang memeng hebat!!!

Rabu, 30.09.2009 - Sebanyak 9 arca Himpunan Tetap BSLN dipamerkan di Starhill Gallery sempenan dengan pameran Art Festival 2009 - PASSION. Antara arca yang dipamerkan di tingkat Adore, Starhill Gallery ialah LIM NAN SENG-Pain in The Toe, CHAN TECK HENG-Akhirnya!-The Last, MAD ANUAR ISMAIL-Keris Handle, AHMAD OSNI PEII-Carmina Burana dan ARIFFIN ISMAIL-Taming Sari III. Manakala di tingkat Indulge pula mempamerkan 4 buah arca dari MAD ANUAR ISMAIL-Calligraphy, 2 buah arca dari RAJA SHAHRIMAN RAJA AZIDDIN-Semangat Besi no.34 dan Nafas 36 dan arca seramik dari TAN VOOI YAM-Menara 96. Kesemua arca ini dibawa dari BSLN ke Starhill Gallery menggunakan perkhidmatan lori 3tan dari syarikat swasta beserta 2 orang pekerja. Trip ke Starhill Gallery ni diketuai oleh Assistant Curator, En. Baktiar dan dibantu oleh 3 staff Koleksi dan Konservasi iaitu Ujang, Brother Baha dan Brother Jep. Hasil kesabaran dan komitmen kerja, kesemua arca berjaya ditempatkan di Sathill Gallery dengan selamat dan meninggalkan 9 arca Himpunan Tetap BSLN untuk tatapan umum. Selamat Maju Jaya Art Festival 2009-PASSION!

Thursday, September 3, 2009

PENYIMPANAN TEKSTIL




Penyimpanan koleksi tekstil selepas pameran Susurmasa di lakukan dengan penuh teliti, pembungkusan, label dan simpanan perlulah dilakukan agar mudah di akses oleh penjaga stor khazanah negara.

WAYANG KULIT



Penyimpanan koleksi seni rakyat wayang kulit daripada Tukang Karut tersohor iaitu Dollah Baju Merah. Rak khas di cadangkan untuk menempatkan koleksi wayang kulit ini namun masih di dalam pertimbangan. Maka koleksi ini di simpan di dalam rak besi bersama silica gel.

Tuesday, September 1, 2009

PENYIMPANAN KOLEKSI FOTOGRAFI LWT




Penyimpanan semula karya - karya koleksi fotografi LWT yang hampir dilupakan kerana staf koleksi terikat dengan bebanan kerja yang pelbagai. Dan minggu ini,tim koleksi telah menyempurnakan penyimpanan ini. Alhamdulillah...

70%


Seminggu lepas, tim koleksi mengemaskini karya - karya daripada pameran SUSURMASA untuk di kembalikan di lokasi asal. Sempena bulan Ramadhan, kerja - kerja ini dilakukan dengan berjadual dan hampir 70% karya berlatarkan kanvas telah di gantung ke lokasi asal.

Sunday, August 23, 2009

PENGAMBILAN KARYA ARKIVAL SYED AHMAD JAMAL.



En Zahud penuh dedikasi memerhati kerja kerja pembungkusan karya arkival



En Zahud dan Ujang sedang membalut karya arkival SAJ




11 Ogos 2009,
Tim Knk membantu tim pameran untuk kerja - kerja pengendalian koleksi arkival Datuk Syed Ahmad Jamal sempena pameran beliau yang akan berlangsung pada bulan Sept 2009. Tim pameran yang diketuai oleh Hasyimah, Tan Sei Hon dan kurator jemputan Dr Ruzzaika Omar serta 3 0rang dari koleksi iaitu en Zahud, Ujang dan Bard. Semuanya berjalan lancar

Friday, August 21, 2009

PROGRAM MENGHASILKAN KARYA SENI BERMOTIFKAN HIDUPAN LIAR DI ATAS HOOD KERETA NASIONAL DI BSLN DARI 19 OGOS HINGG 18 SEPTEMBER 2009














Tujuan

Tujuan program ini adalah untuk mengutarakan suara kebimbangan akibat kepupusan jenis-jenis hidupan liar di Malaysia dengan teknik lukisan berus angin (air brush) di atas hood kereta Nasional seperti Wira, Kembara, Kancil, Juara, Myvi, Perdana dan Kelisa. Program ini juga menjadi platfom untuk melatih staff BSLN menggunakan peralatan air brush untuk melukis dan juga teknik untuk pengetahuan di masa hadapan. Untuk program ini, BSLN menjemput pelukis, Muhamad Noor bin Md Yussoff a.k.a Tony MDY didatangkan khas dari W.P labuan. Mari kita lihat biodata beliau.



Biodata
Muhamad Noor bin Md Yussoff a.k.a Tony MDY dilahirkan pada tahun 1967 di Kota Belud, Sabah dan kini beliau menetap di Miri, Sarawak. Beliau merupakan pelukis berus angin yang memulakan karier pada tahun 1985. Hingga kini beliau mempunyai dua buah bengkel lukisan berus angin iaitu di Miri dan di Labuan. pada mulanya beliau bergerak secara solo sebagai pelukis berus angin bebas. Beliau pernah berkarya dan menyertai jemputan di Kuala Lumpur, Thailand, Brunei, Sabah, Sarawak dan Labuan. Karya beliau tidak hanya terbatas dipermukaan kanvas sahaja malah permukaan seperti kereta, motosikal, jet-ski, dinding (mural) hinggalah pada badan manusia (body art) menjadi antara latar kepada hasil karya beliau.
Pembabitan aktiviti dan pameran
1988-1990 : 1Borneo Sabah Exhibition Expo
1991-1997 : 1Borneo Sarawak Exhibition Expo
1998 : 1st Kuala Lumpur International Motor Show
1999-2000 : Brunei Motor Art Exhibition
2001 : Phuket Thailand
2002-2009 : Labuan Borneo Visual Art Exhibition, July 1st - 14th
2009 : 1Malaysia Mural Project Langkawi, Kedah

Layari: http://www.borneocolors.com/

Wednesday, August 19, 2009

Selamat Menyambut tahun Kemerdekaan ke - 52


Karya yang telah siap di pasang


En Jazmi melihat Zulkifli Yusof memasang karyanya


Tim KnK membantu Zulkifli Yusoff untuk pemasangan karya instalasi Merdeka 57.


En Azizi, Imi dan Man sedang memasang panel karya.

Selasa 18 July 2009, Pemasangan karya Instalasi Merdeka 57 oleh Zulkifli Yusof di hadapan pintu masuk utama BSLN menjadi tarikan untuk pengunjung yang melawat BSLN. Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Negara yang ke 52 Tahun.

Tamatnya sebuah SUSURMASA


Pembungkusan karya Tan Vooi Yam untuk dipulangkan.


En. Fyrus sedang tekun membungkus karya.


En. Mus dan Pn Dila sedang menyimpan karya seni rakyat , Wayang Kulit


En Ismail, Zahud, dan Ujang sedang menurunkan karya fotografi.


Rabu, 29 July 2009,

Ruang besar Pameran SUSURMASA telah pun tamat, kami tim Knk sedang menurunkan karya koleksi tetap yang dipamerkan di Galeri 1A. Semuga sepanjang masa yang diberikan dapat memberi manafaat kepada pengunjung memahami susurmasa seni visual moden Malaysia. Terima kasih

Tuesday, June 30, 2009

SOTO DAN AIR RIBENA


Sudah penat menggantung karya, mari menjamu selera dengan soto dan air ribena. burrrrrrrghh Alhamdulillah.

KARYA UNTUK HIASAN DI KPKK SEMPENA 1 MALAYSIA





Tim Knk menyempurnakan sebuah misi khas, menggantung karya sebagai perhiasan sempena 1Malaysia di KPKK. Tugas ini di sempurnakan dengan baik, cekap dan efisyen. Tahniah.

Sunday, June 21, 2009

KOLEKSI CD




Koleksi CD ini adalah projek terbaru Unit Koleksi. Sebanyak 121 keping CD diletakkan di dalam dry cabinet untuk simpanan dan rujukan. Terbahagi kepada 4 kategori tajuk iaitu :- Perolehan, Pelukis, Inventori dan Galeri. Setiap CD dibuat kulit muka depan dan belakang beserta nombor kording CD mengikut kategori tajuk. Setelah siap membuat kulit muka dan nombor kording, CD ini disimpan di dalam dry cabinet. Bagi mana-mana Cawangan atau Unit yang ingin meminjam koleksi CD ini boleh berurusan dengan Baktiar (Pen. Kurator Unit Koleksi) dengan prosedur yang telah ditetapkan.

Friday, June 12, 2009

BELASUNGKAWA


HJ MANSOR GHAZALI dalam kenangan....Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmatNya...Al-Fatihah...

Tuesday, June 2, 2009

PEMASANGAN KARYA SEBAGAI HIASAN DINDING DI KEKKWA

Kerja - kerja mengantung karya dilakukan dengan berhati - hati.
Karya - karya yang telah dipilih sebagai hiasan dinding KEKKWA

Belakang tabir: Orang - orang kuat Knk, steady bai

Pemasangan karya himpunan tetap BSLN sebagai hiasan dinding KEKKWA. Orang kuat didalam misi khas ini ialah En Fairus dan di bantu oleh En Azizi, Nazereq, Rusli, Zahud, Rahimi.

Monday, May 25, 2009

LAWATAN CADANGAN PEROLEHAN KE STUDIO JERI AZHARI


En Amerr dan Karthik (pemandu BSLN) merehatkan diri setelah seharian melawat studio artis.

Lawatan cadangan perolehan ini telah di hadiri oleh En Amer,Baktiar dan Karthik ke studio pelukis Allahyarham Azhari atau lebih dikenali sebagai Jeri Azhari di Jalan Maarof, Bangsar pada 22 Mei 2009, pukul 6.00 p.m. Ketibaan kami di sambut baik oleh Kak Sita dan sesi temubual dijalankan oleh En Amer. Beberapa karya dipilih untuk diangkat sebagai cadangan.

LAWATAN CADANGAN PEROLEHAN KE STUDIO HUSIN HOURMAIN


Lawatan cadangan perolehan ini telah di hadiri oleh En Amerr, dan Baktiar ke studio pelukis Husin Hourmain di Sungai Buloh pada 22 Mei 2009, pukul 5.00 p.m. Beberapa karya dipilih untuk diangkat sebagai cadangan.

LAWATAN CADANGAN PEROLEHAN KE STUDIO PELUKIS ZAIM DARUL AMAN


Lawatan cadangan perolehan ini telah di hadiri oleh En Amerr, En Fairus dan Baktiar ke studio pelukis Zaim Darulaman di Cheras pada 22 Mei 2009, pukul 2.00 p.m. Beberapa karya dipilih untuk diangkat sebagai cadangan.

LAWATAN CADANGAN PEROLEHAN PELUKIS NG FOO CHEONG


Lawatan cadangan perolehan ini telah di hadiri oleh En Philip Wong, En Amerr, dan Baktiar ke studio pelukis Ng Foo Cheong di Desa Petaling pada 22 Mei 2009, pukul 10.00 a.m. Beberapa karya dipilih untuk diangkat sebagai cadangan.

LAWATAN CADANGAN PEROLEHAN PELUKIS TEW NAI TONG


Lawatan cadangan perolehan ini telah di hadiri oleh En Philip Wong, En Amerr, En Fairus dan Baktiar ke studio pelukis Tew Nai Tong di Jalan Pahang pada 14 Mei 2009, pukul 5.00 p.m. Beberapa karya dipilih untuk diangkat sebagai cadangan.

LAWATAN CADANGAN PEROLEHAN KE R.A FINEART GALERI



Lawatan Cadangan perolehan ini telah di hadiri oleh En Philip Wong, En Amerr, En Fairus, dan Baktiar ke preview Solo Exhibition Haslin Ismail di RA Fineart Galeri pada 14 Mei 2009 pukul 3.00 p.m. Karya - karya beliau sangat superb dengan imejan - imejan ilusi,imiginasi, gotik, gelap, komikal, sinikal dan surreal. Tahniah kepada beliau

LAWATAN CADANGAN PEROLEHAN KE PELITA HATI GALERI


Lawatan cadangan perolehan ini telah di hadiri oleh En Amerr dan Pn Zanita Anuar ke Pelita Hati Galeri, Bangsar pada Jumaat, 15 May 2009 pukul 3.00 p.m untuk melihat karya - karya terbaru oleh pelukis Fathullah Luqman Yusoff.

Sunday, April 26, 2009

LAWATAN CADANGAN PEROLEHAN KE PACE GALERI - PAMERAN BITUMANIA


Karya Ahmad Zakii Anwar


Dato Raja Zahabudin dan Philip Wong sedang melihat karya yang dipamerkan
dan En Amer sedang merakamkan gambar ini.

Lawatan ke Pace Galeri oleh Pengerusi Jawatankuasa Perolehan BSLN, Dato' Raja Zahabudin, Philip Wong dan En Amerrudin. Pameran yang sedang berlangsung ialah Pameran Bitumania yang memaparkan hasil seni terbaik menggunakan bahan bitumin ke atas catan. Pelukis yang terlibat iaitu Ahmad Zakii Anwar, Jalaini Abu Hassan, Hamir Soib @ Mohamed dan Ahmad Fuad Osman.

Thursday, April 23, 2009

LAWATAN CADANGAN PEROLEHAN KE GALERI PETRONAS - LIEW KUNG YU

Cadangan - cadangan untuk Negaraku

Bergambar kenangan Philip Wong, Liew Kung Yu, Dato Raja Zahabudin dan En Amerrudin

Pelawat yang hadir melihat karya Liew Kung Yu

Liew Kung Yu memberikan penerangan mengenai karya beliau


Lawatan ini telah di hadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Perolehan BSLN, Dato' Raja Zahabudin, Philip Wong, En Amerrudin, En Fairus dan En Baktiar. Artis Liew Kung Yu juga turut hadir. Karya terbaru beliau dipamerkan di dalam pameran Cadangan - cadangan untuk Negaraku, di Galeri Petronas mempapar fotografi dan kolaj berskala besar.

Tuesday, April 21, 2009

BENGKEL PENYEDIAAN FAIL MEJA BAGI BAHAGIAN P.S.K.K

Bergambar Kenangan: para peserta dengan penceramah En Jaafar Sidek Ibrahim
Senja merah berlabuh di Tanjung Tuan, SubhanaALLAH.
En Amer, En Rahimi, En rosli dan En Hudd..sedang menyiapkan fail meja mereka.
Pn Suba sedang membentangkan fail meja nya kepada peserta yang lain.
Pengarah Bahagian En Haned Masjak menyampaikan cenderahati untuk penceramah,
En Jaafar Sidek Ibrahim.


Pada 17 - 19 hb April 2009, Bahagian Pembangunan Seni, Pengurusan Koleksi Dan Konservasi telah mengikuti bengkel penyediaan fail meja di Hotel Regency, Port Dickson. Kesemua ahli keluarga PSKK telah bersungguh -sungguh menyiapkan fail meja dengan bantuan penceramah iaitu En Jaafar Sidek Ibrahim, seorang pesara kerajaan yang sangat berpengalaman dan bijak mengawal keadaan dan berkongsi pengalaman beliau dengan kisah - kisah yang bermotivasi. Semuga dengan penyediaan fail meja ini dapat membantu para peserta lebih memahami tanggungjawab tugas masing - masing agar dapat memajukan diri dan memajukan Balai Seni Lukis Negara.

Wednesday, April 15, 2009

HANDLING : KARYA KERTAS YANG DI GULUNG.

1) Karya kertas yang telah di buka daripada gulungan.


2) Karya di alas dengan acid free paper di bahagian bawah dan bahagian bawah


3) Pemberat di letakkan di bahagian hujung karya, kaedah ini untuk merehatkan karya.

HANDLING : KARYA KERTAS YANG DI GULUNG.

Bagaimana untuk mengendalikan karya - karya kertas yang di gulung? Kaedah mengendalikan karya - karya kertas yang di gulung ketika proses penghantaran mungkin akan menyebabkan beberapa faktor kerosakan:

1) Karya terlipat.

2) Karya akan tergores atau tercalar.

3) Rekahan kerana ketebalan warnabagi permukaan kanvas.

4)Finger print pada karya.

Perkara - perkara ini mesti di elakkan supaya jangka hayat karya dapat di panjangkan dan dipamerkan kepada masyarakat. Beberapa kaedah yang dapat di kongsi bersama pembaca blog untuk mengendalikan karya yang bergulung, antaranya:

Kaedah Menggulung,

1) Gunakan sarung tangan yang bersih.

2) Alaskan bahagian bawah dan atas karya dengan kertas bebas asid (acid free paper (AFP)

3) Gunakan kertas keras yang digulung menjadi bentuk bulat atau guna paip pvc dan dibalut dengan (AFP) untuk menggulung karya dengan permukaan karya di sebelah hadapan dan dialas dengan AFP.

Kaedah Membuka Gulungan,

1) Gunakan sarung tangan yang bersih.

2) Jangan gunakan pisau yang tajam, guna jari untuk membuka balutan AFP.

3) Jauhkan pen dan marker, dikhuatiri boleh menyebabkan kesan contengan yang tidak di sengajakan.

4) Alaskan AFP di bahagian bawah dan atas karya dengan kertas bebas asid (acid free paper (AFP)

5) Rehatkan karya dengan meletakkan pemberat pada bahagian hujung karya agar karya tidak bergulung.

Semuga kaedah ini dapat di praktikkan kepada pembaca, selamatkan karya seni anda.

Tuesday, March 31, 2009

PROSES PENYIMPANAN KOLEKSI ARKIVAL

Koleksi Arkival sangat penting dalam memelihara serta merakamkan visual dan sejarah. Oleh keperntingan itu, ia mesti di pelihara dan di pulihara jika visual dan makna koleksi arkival tersebut mempunyai nilai - nilai sejarah dan nasional.

Koleksi arkival merangkumi buku - buku lakaran, nota - nota penting, tulisan tangan, keratan akhbar, keratan manuskrip, slide filem, negatif filem, video tape, compact disk, disket dan fotografi. Kepelbagaian saiz dan material memaksa kepelbagaian cara dan gaya penyimpanannya.

Beberapa proses kerjadikenalpasti dapat memastikan pelaksanaan penyimpanan yang selamat untuk jangka hayat koleksi arkival depat di semadikan,


Mengenalpasti slide filem dan simpankan ke dalam file slide.

Keratan akhbar dan foto disimpan dalam envelope daripada plastik mylar


Penyimpanan Compact Disk ke dalam rak kabinet kering dengan kelengkapan kawalan suhu.

Kawalan suhu pada rak kabinet kering.

Antara proses yang dijalankan;

1) Mengklasifikasikan bahan dan kategori bahan tersebut.

2) Analisis metod penyimpanan yang sesuai, bahan dan praktiskan.

3) Merekod, inventori koleksi arkival, dan mendokumentasikan bahan secara digital.

4) Lokasi penyimpanan dengan kawalan suhu dan cahaya.

Semuga koleksi arkival yang disimpan dengan cara penyimpanan yang sistematik dan memudahkan kerja - kerja kuratorial dan penyelidikan. teruskan menjaga khazanah negara!

Thursday, March 26, 2009

PERUTUSAN RAJA SEHARI


Selamat Pengantin Baru kepada pasangan
Mohd Nazereq dan Norehan.
majlis perkahwinan yang telah berlangsung pada 21,03,2009 di Kuala Lipis, Pahang

"Terbang tinggi helikopter Nuri,
Upin & Ipin melari - lari,
Secocok sungguh Raja Sehari,
Ucapan Tahniah dari warga Koleksi"

Ucapan:
kepada Ujang semuga menjadi suami yang penyayang dan bertanggungjawab.
Semuga berkekalan kebahagiaan serta peroleh keberkatan di dalam alam rumahtangga.

Thursday, March 5, 2009

PEKENA PAU YIK MUN DAN TEH PANAS DI TANJONG MALIM



Dalam perjalanan ke studio Zulkifli Yusoff, rombongan jawatankuasa Perolehan BSLN singgah sebentar di Yik Mun, Tanjung Malim, Perak. Pekena teh panas dan pau panas....minumlah..!

LAWATAN KE GALERI PELUKIS TAJUDDIN ISMAIL

Tajuddin Ismail dengan visinya tersendiri


Lawatan ke TJFINEART GALERI, di Plaza Damas, pada 26 Feb 2009. Ia bertujuan untuk melihat karya -karya terbaru pelukis senior, Tajuddin Ismail. Sempena pameran ' Counterpoint' Recent Abstraction, 3 orang pelukis iaitu Tajudin Ismail, Drew Harris dan Awang Damit Ahmad berlangsung pada 7 hb Feb - 7 hb March 2009. Lawatan ini dihadiri oleh KP BSLN Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa dan en Amerrudin Ahmad

LAWATAN KE GUDANG BARU , HAMIR SOIB@MOHAMED

Bergambar kenangan di Gudang, Kuang
GUDANG baru , HAMIR SOIB@MOHAMED, KUANG, SELANGOR

Lawatan ini telah dihadiri oleh KP BSLN Dr Mohamed Najib Ahmad Dawa dan en Amerrudin Ahmad. Lokasi Gudang' baru di Kuang Selangor, usaha pelukis Hamir Soib (Matahati grup) berkerja keras bagi merealisasikan impian untuk mempunyai studio dan ruang sendiri. Sebelum ini Gudang lama di Damansara, gudang lama yang di sewa untuk dijadikan studio serta kerja -kerja produksi teater, residensi dan studio. Ini merupakan satu motivasi kepada pelukis -pelukis muda.

LAWATAN KE STUDIO PENGARCA MUDA MUTHALIB MUSA

Lawatan ke studio pengarca muda iaitu Muthalib Musa, pada 26 hb Feb 2009, Khamis, Ini merupakan salah satu usaha untuk membina demografi studio. Hubungan persekitaran di antara karya artis dengan studio, masyarakat, dan enviromen. Lawatan ini telah dihadiri oleh Ketua Pengarah BSLN Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa dan En Amerrudin Ahmad (kurator).

Sunday, February 22, 2009

LAWATAN KE - MYARTHOST GALLERY UNTUK MELIHAT KARYA TERBARU PELUKIS ABD LATIFF MAULAN







LAWATAN KE - MYARTHOST GALLERY UNTUK MELIHAT KARYA TERBARU PELUKIS ABD LATIFF MAULAN

Lawatan ke Myarthost Gallery di TTDI Jaya, Shah Alam pada 17 Feb 2009, 12.00 pm. Lawatan ini bertujuan untuk melihat karya -karya terbaru Abd Latif Maulan. Beliau seorang artis realis yang sangat berbakat dalam rendering cat minyak. Pengolahan subjek figura dan alam benda merupakan kekuatan dalam karya beliau. Berdasarkan wawancara ringkas dengan beliau, beberapa perancangan untuk menyertai pameran berkumpulan dan solo terbaru pada tahun ini. Lawatan ini telah di hadiri oleh en Amer, en Fairus, en baktiar dan en Syarulniza.Teruskan membaca.

LAWATAN CADANGAN PEROLEHAN KE STUDIO PELUKIS MUDA -STUDIOSEBIJI PADI





LAWATAN CADANGAN PEROLEHAN KE STUDIO PELUKIS MUDA -STUDIO SEBIJI PADI

Studio Sebiji Padi merupakan satu alternatif bagi pelukis muda yang baru hendak memulakan karier sebagai pelukis sepenuh masa. Studio ini didiami oleh 7 orang pelukis muda iaitu Samsudin Wahab, Ruzzeki Harris, Azam Aris, Zul Husni, Meor, Haslin dan Safuan. Meskipun sedang bermula, mereka sangat aktif menghasilkan karya karya terbaru untuk proses cari makan dan berkarya. Beberapa perancangan masa depan diluahkan melalui wawancara dengan En Amerr. Beberapa karya diangkat sebagai cadangan perolehan, dan inilah masa yang sesuai untuk sebuah instituisi seni seperti BSLN berperanan membantu pelukis -pelukis muda yang agresif berkarya untuk memajukan lagi seni tanahair. Lawatan ini di hadiri oleh urusetia perolehan, En Amer, en Fairus, en Baktiar dan en Syahrulniza (b.pameran). Teruskan berkarya.

LAWATAN CADANGAN PEROLEHAN KE STUDIO PELUKIS MUDA MARVIN CHAN








LAWATAN CADANGAN PEROLEHAN KE STUDIO PELUKIS MUDA MARVIN CHAN

Lawatan ini telah di hadiri oleh Urusetia Perolehan yang terdiri daripada En Amerr, en Fairus, en. Baktiar dan en Syahrulniza (bah.pameran). Marvin sedang dalam penyiapan karya -karya terbaru beliau untuk pameran solo. Di sini kami berkesempatan mewawancara beliau serta melihat proses awal daripada karya terawal hingga sekarang. Beliau sangat progresif dan aktif berpameran dan berkarya. Semuga maju Jaya.

LAMAN SENI PUTRAJAYA

Pada 21 & 22 Februari 2009 (Sabtu dan Ahad) lepas, Balai Seni Lukis Negara (BSLN) melalui Cawangan Pembangunan Seni telah menyertai Laman Seni Putrajaya kali ke 19 bertempat di Dataran Putra, Presint 1, Putrajaya. Seramai 16 staff BSLN daripada semua bahagian terlibat manakala staff Koleksi dan Konservasi yang terlibat iaitu Mohd Nazereq & Mohamad Nur Rahimi Norazmi. Terbahagi kepada 5 bidang tugasan iaitu bengkel pendidikan seni, mendirikan pameran, jualan penerbitan, pengankutan dan dokumentasi. Pendidikan seni dibawah kelolaan En. Shamsul dan En Asiff menguruskan bengkel cat air dan bengkel seramik. Tenaga pengajar bengkel cat air iaitu Haji Mohd Sani Md Dom manakala bengkel seramik diajar oleh En. Goh dan rakan-rakanya. Di bawah Bahagian Pameran diselia En. Anuar telah berjaya mendirikan pameran lukisan Warisan Kebangsaan. Sebanyak 22 karya Warisan Kebangsaan (re-production) BSLN dipamerkan di sini. Sepanjang 2 hari program berjalan di sini, matlamat penganjuran Laman Seni Putrajaya menerusi Bengkel seni lukis, seramik dan pameran lukisan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Program ini harus diteruskan pada masa akan datang agar seni terus dekat dengan rakyat. Sekian...Art for all!

Thursday, February 19, 2009

BELASUNGKAWA

Dato' Ibrahim Hussien dalam kenangan....Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat....Al-Fatihah....

Saturday, February 14, 2009

REPRODUKSI KARYA WARISAN KEBANGSAAN








Kerja-kerja reproduksi karya Koleksi Himpunan Tetap BSLN yang menjadi karya Warisan Kebangsaan yang sedang dilakukan oleh En. Mohd Fairus di bilik grafik BSLN. Kelihatan printer ink jet sedang mencetak karya tersebut di atas kanvas dan ketekunan En. Fairus melakukan kerja-kerja memotong kanvas.
by:ujang/14.02.2009/sabtu/8.30pm

Friday, February 13, 2009

KOLEKSI HIMPUNAN TETAP BSLN DIDAFTARKAN MENJADI WARISAN KEBANGSAAN












Balai Seni Lukis Negara (BSLN) di dalam Koleksi Himpunan Tetap mempunyai koleksi karya yang berusia 50 tahun dan di daftarkan kepada Jabatan Warisan Negara sebagai Warisan Kebangsaan [Seksyen 68 Akta Warisan Kebangsaan 2005] di dalam kategori Warisan kebudayaan ketara. Sebanyak 22 karya Koleksi Himpunan Tetap BSLN diangkat menjadi Warisan Kebangsaan. Antara karya 'otai' tersebut seperti gambar dan keterangan di atas.


Wednesday, February 11, 2009

LAWATAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN) TAN SRI MOHD SIDEK HASSAN KE ARKIB KOLEKSI HIMPUNAN TETAP BSLN (REPOSITORI)





TEMPAT : ARKIB HIMPUNAN KOLEKSI TETAP BSLN (REPOSITORI)
MASA : 10.00 PAGI
HARI : KHAMIS
TARIKH : 08.01.2009
STAFF TERLIBAT : EN. AMERRUDIN, EN. FAIRUS,EN. BAKTIAR, EN. AZIZI, PN. SUBHATRA, EN. MOHD NAZEREQ & CIK SITI FARINA.

Pada hari Khamis, tanggal 08.012009, BSLN telah melakar sejarah tersendiri apabila Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah melawat BSLN. Lebih manis lagi Tan Sri KSN telah memasuki repositori BSLN untuk melihat dengan lebih dekat karya-karya Dato' Mohd Hoessien Enas yang dihadiahkan oleh Shell Malaysia kepada BSLN. Tan Sri KSN juga meninjau di sekitar kawasan repositori dan melihat kaedah dan cara penyimpanan karya koleksi himpunan negara. Sekalung pujian & tahniah dihadiahkan Tan Sri KSN kepada Pengurusan Koleksi yang telah berjaya dalam misi dan visi memelihara dan memulihara khazanah seni tampak negara. Sekian.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Di harap Tan Sri KSN datang lagi.
by : ujang, khomis/12.02.2009/7.59am

Tuesday, February 10, 2009

PENYEDIAAN KARYA POSTER AWAL TAHUN 70an DAN 80an BSLN UNTUK KERJA DOKUMENTASI


Tempat : Bilik Dokumentasi BSLN
Masa : 11pg - 1.00 ptg
Staff terlibat : Pn. Subathra, En Azizi, En. Nazereq & Cik Siti Farina

Kerja-kerja menyemak senarai, mengukur dan meletakkan cording pada poster dilakukan. Sebelum kerja dokumentasi dilakukan, poster ini hendaklah dibiar dalam keadaan 'tidur' agar kerja dokumentasi berjalan dengan lebih mudah dan tidak merosakkan poster yang usia kesemua poster ini menghampiri 40 tahun dan 30 tahun. Kerja-kerja ini dilakukan dengan cermat kerana kebanyakan poster ini berkeadaan 'fragile'.

by : ujang, 1.05pm/Rabu/11.02.2009

PENYELIDIKAN KARYA NORMA ABBAS


Pada hari khamis bersamaan 5.2.2009, dua orang pelajar, Suzana Yiam dan Zuliana Selamat dari Jurusan Seni Halus UiTM Shah Alam telah datang ke Balai Seni Lukis Negara (BSLN) untuk membuat penyelidikan ke atas karya-karya Norma Abbas yang berada di dalam koleksi himpunan tetap BSLN. BSLN mempunyai 4 koleksi karya Norma Abbas dan hanya 3 daripada itu di bawa masuk makmal untuk penyelidikan tersebut. 3 daripada karya tersebut ialah :-

Muse Connected
2003
Akrilik & kolaj atas kanvas
116.8 x 116.8 cm
BSLN 2003.064

Tell Me Something
1982
Litografi
82 x 39 cm
BSLN 1989.001

2 Women
1995
Campuran
111 x 129 cm
BSLN 1998.062

Mereka memulakan penyelidikan pada pukul 10.00 pagi di dalam makmal konservasi BSLN dan berjaya menyiapkan segala penyelidikan pada pukul 5.00 petang. Penyelidikan ini diselia oleh En. Baktiar Naim Jaafar, Penolong Kurator Unit Koleksi BSLN. Diharap mereka dapat membawa pulang seberapa banyak pengetahuan dan ilmu sepanjang berada di BSLN. Sekian.

by :- Mohd Nazereq Ishak, Selasa, 10.02.2009 (4.45pm)


Friday, February 6, 2009

MESYUARAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN SENI, KOLEKSI DAN KONSERVASI BSLN, KPKKW KALI PERTAMA








TARIKH : 4 FEBRUARI 2009
MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT: BILIK MESYUARAT EKSEKUTIF BSLN

Mesyuarat Bahagian Pembangunan Seni, Koleksi dan Konservasi (PSKK) ini kali pertama diadakan selepas pengstrukturan semula organisasi BSLN pada Oktober 2008. Bahagian PSKK ini wujud dari pengabungan antara Bahagian Pembangunan Seni yang dipimpin Puan. Faridah Hanim Abd Wahab (Kurator S44) dan Bahagian Pengurusan Koleksi & Konservasi yang dipimpin oleh En. Ameruddin Ahmad (Kurator S44) maka wujudlah Bahagian PSKK ini yang diterajui oleh En. Haned Masjak selaku Pengarah S52 bagi meneruskan legasi kecemerlangan BSLN sebagai pusat terunggul dan pemegang amanah warisan seni negara dalam misi mengumpul, memulihara, memelihara, mempamer, mempromosi, memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap seni kepada semua lapisan masyarakat.

Mesyuarat ini dihadiri 25 orang kakitangan PSKK manakala seorang staff tidak hadir dengan maaf. Dimulakan dengan kata aluan dari Pengerusi (En. Haned Masjak) dan seterusnya perkara-perkara yang menjadi agenda mesyuarat iaitu Struktur Bahagian PSKK, Program 2009, Latihan dan peperiksaan dibincangkan. Mesyuarat bermula pada pukul 9.30 pagi berakhir tepat pukul 12.00 tengah hari dengan Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada masa dan tarikh akan datang.

by : Mohd Nazereq Ishak (ujang) - Jumaaat 06.02.2009,5.10pm

FIZIKAL INVENTORI KOLEKSI HISTORY AND BEYOND

Minggu ini,kami team koleksi yang terdiri daripada Azizi,Ujang, dan Farina sedang menjalankan proses penyemakan fizikal inventori koleksi History and Beyond.Proses ini akan diteruskan ke minggu hadapan.

Thursday, February 5, 2009

Lawatan ke studio Zulkifli Yusof


Zulkifli Yusof di studio

15 Januari 2009 :: Khamis :: 10.00 a.m :: Tanjong Malim, Perak

Lawatan ke studio pelukis Zulkifli Yusof di Tanjung Malim, Perak. Ia bertujuan untuk melihat karya instalasi terbaru pelukis di samping membuat sesi wawancara bersama krew Senicast untuk di muatkan dalam portal terbaru BSLN. Dihadiri oleh En. Amerrudin, En. Baktiar Naim, En Noor Hisyam, En Yuzaini dan En Karthik.


Lawatan Perolehan ke Shalini Ganendra Fine Art Private Gallery


16 Januari 2009 :: Jumaat :: 11.00 am :: Shalini Ganendra Fine Art ,Private Gallery :: Lawatan Cadangan Perolehan Bil 1 /2009

Lawatan cadangan perolehan untuk bil 1/2009 telah dijalankan oleh urusetia perolehan ke sebuah galeri persendirian milik Pn. Shalini Ganendra di Petaling Jaya untuk melihat karya terbaru pelukis Yeoh Kean Thai yang di hasilkan ketika program Residensi di US.
Pelukis juga hadir dan memberikan kerjasama yang baik serta menerangkan mengenai karya beliau sendiri. Lawatan ini di hadiri oleh En Amerrudin Ahmad, En Baktiar Naim, En Syahrul Niza Zaini dan En Karthik.


Wednesday, February 4, 2009

Lawatan Pelajar UiTM Segamat


29 Januari 2009 :: Khamis :: 12.00 pm :: Lokasi stor repositori

Lawatan pelajar seramai 6 orang mahasiswi daripada Fakulti Sains Maklumat, UiTM Segamat, Johor telah membuat lawatan ke stor repositori BSLN untuk mengetahui secara asas sistem pengendalian maklumat koleksi. Lawatan telah di kendalikan oleh En Baktiar Naim dan En Nazereq Ishak.

Hiasan Bilik Perdana Menteri


K.P BSLN bergambar kenangan dengan Perdana Menteri Malaysia
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.



06 Januari 2009 :: Selasa :: Hiasan Bilik Perdana Menteri

Karya pelukis Hoessein Enas yang bertajuk Bajau Horseman, North Borneo, 1963, Cat minyak atas kanvas, 120 x 95 cm, BSLN 2007.119 (H) (Dihadiahkan oleh Shell Malaysia) telah di gantung sebagai hiasan dinding di bilik Perdana Menteri Malaysia. Beberapa staf koleksi dan konservasi telah pergi membuat pemeriksaan suhu dan cahaya di lokasi yang dipilih untuk digantungkan lukisan bersejarah itu.

Staf yang terlibat ialah En. Azizi, En Zahut dan En Nazereq. Lawatan ini juga telah dihadiri oleh Ketua Pengarah BSLN Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa dan juga kurator konservasi En. Amerrudin Ahmad.

Laporan harian Unit Koleksi

Blog Pengurusan Koleksi Himpunan Tetap Balai Seni Lukis Negara adalah sebuah blog dimana setiap staf koleksi menulis catatan tentang kerja - kerja harian dan agenda penting sebagai laporan kepada kurator bahagian dan Ketua Pengarah BSLN serta persediaan laporan skim kerja tahunan. Setiap staf koleksi di galakkan menulis dan menguasai dunia digital dengan sebaiknya. Jentera koleksi terdiri daripada;

En. Fairus B. Ismail :: Pen. Kurator s27 (Tk Kurator 41)
Pn. Subathra A/P Chandran ::Pen. Kurator s27
En. B. Naim B. Jaaffar ::Pen. Kurator s27
En. Azizi Othman :: Pembantu Muzium Kanan s22
En. Nazereq Ishak ::Pembantu Muzium
Cik. Siti Farina :: Pembantu Muzium