Sunday, February 22, 2009

LAWATAN KE - MYARTHOST GALLERY UNTUK MELIHAT KARYA TERBARU PELUKIS ABD LATIFF MAULAN







LAWATAN KE - MYARTHOST GALLERY UNTUK MELIHAT KARYA TERBARU PELUKIS ABD LATIFF MAULAN

Lawatan ke Myarthost Gallery di TTDI Jaya, Shah Alam pada 17 Feb 2009, 12.00 pm. Lawatan ini bertujuan untuk melihat karya -karya terbaru Abd Latif Maulan. Beliau seorang artis realis yang sangat berbakat dalam rendering cat minyak. Pengolahan subjek figura dan alam benda merupakan kekuatan dalam karya beliau. Berdasarkan wawancara ringkas dengan beliau, beberapa perancangan untuk menyertai pameran berkumpulan dan solo terbaru pada tahun ini. Lawatan ini telah di hadiri oleh en Amer, en Fairus, en baktiar dan en Syarulniza.Teruskan membaca.

LAWATAN CADANGAN PEROLEHAN KE STUDIO PELUKIS MUDA -STUDIOSEBIJI PADI





LAWATAN CADANGAN PEROLEHAN KE STUDIO PELUKIS MUDA -STUDIO SEBIJI PADI

Studio Sebiji Padi merupakan satu alternatif bagi pelukis muda yang baru hendak memulakan karier sebagai pelukis sepenuh masa. Studio ini didiami oleh 7 orang pelukis muda iaitu Samsudin Wahab, Ruzzeki Harris, Azam Aris, Zul Husni, Meor, Haslin dan Safuan. Meskipun sedang bermula, mereka sangat aktif menghasilkan karya karya terbaru untuk proses cari makan dan berkarya. Beberapa perancangan masa depan diluahkan melalui wawancara dengan En Amerr. Beberapa karya diangkat sebagai cadangan perolehan, dan inilah masa yang sesuai untuk sebuah instituisi seni seperti BSLN berperanan membantu pelukis -pelukis muda yang agresif berkarya untuk memajukan lagi seni tanahair. Lawatan ini di hadiri oleh urusetia perolehan, En Amer, en Fairus, en Baktiar dan en Syahrulniza (b.pameran). Teruskan berkarya.

LAWATAN CADANGAN PEROLEHAN KE STUDIO PELUKIS MUDA MARVIN CHAN








LAWATAN CADANGAN PEROLEHAN KE STUDIO PELUKIS MUDA MARVIN CHAN

Lawatan ini telah di hadiri oleh Urusetia Perolehan yang terdiri daripada En Amerr, en Fairus, en. Baktiar dan en Syahrulniza (bah.pameran). Marvin sedang dalam penyiapan karya -karya terbaru beliau untuk pameran solo. Di sini kami berkesempatan mewawancara beliau serta melihat proses awal daripada karya terawal hingga sekarang. Beliau sangat progresif dan aktif berpameran dan berkarya. Semuga maju Jaya.

LAMAN SENI PUTRAJAYA

Pada 21 & 22 Februari 2009 (Sabtu dan Ahad) lepas, Balai Seni Lukis Negara (BSLN) melalui Cawangan Pembangunan Seni telah menyertai Laman Seni Putrajaya kali ke 19 bertempat di Dataran Putra, Presint 1, Putrajaya. Seramai 16 staff BSLN daripada semua bahagian terlibat manakala staff Koleksi dan Konservasi yang terlibat iaitu Mohd Nazereq & Mohamad Nur Rahimi Norazmi. Terbahagi kepada 5 bidang tugasan iaitu bengkel pendidikan seni, mendirikan pameran, jualan penerbitan, pengankutan dan dokumentasi. Pendidikan seni dibawah kelolaan En. Shamsul dan En Asiff menguruskan bengkel cat air dan bengkel seramik. Tenaga pengajar bengkel cat air iaitu Haji Mohd Sani Md Dom manakala bengkel seramik diajar oleh En. Goh dan rakan-rakanya. Di bawah Bahagian Pameran diselia En. Anuar telah berjaya mendirikan pameran lukisan Warisan Kebangsaan. Sebanyak 22 karya Warisan Kebangsaan (re-production) BSLN dipamerkan di sini. Sepanjang 2 hari program berjalan di sini, matlamat penganjuran Laman Seni Putrajaya menerusi Bengkel seni lukis, seramik dan pameran lukisan mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Program ini harus diteruskan pada masa akan datang agar seni terus dekat dengan rakyat. Sekian...Art for all!

Thursday, February 19, 2009

BELASUNGKAWA

Dato' Ibrahim Hussien dalam kenangan....Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat....Al-Fatihah....

Saturday, February 14, 2009

REPRODUKSI KARYA WARISAN KEBANGSAAN








Kerja-kerja reproduksi karya Koleksi Himpunan Tetap BSLN yang menjadi karya Warisan Kebangsaan yang sedang dilakukan oleh En. Mohd Fairus di bilik grafik BSLN. Kelihatan printer ink jet sedang mencetak karya tersebut di atas kanvas dan ketekunan En. Fairus melakukan kerja-kerja memotong kanvas.
by:ujang/14.02.2009/sabtu/8.30pm

Friday, February 13, 2009

KOLEKSI HIMPUNAN TETAP BSLN DIDAFTARKAN MENJADI WARISAN KEBANGSAAN












Balai Seni Lukis Negara (BSLN) di dalam Koleksi Himpunan Tetap mempunyai koleksi karya yang berusia 50 tahun dan di daftarkan kepada Jabatan Warisan Negara sebagai Warisan Kebangsaan [Seksyen 68 Akta Warisan Kebangsaan 2005] di dalam kategori Warisan kebudayaan ketara. Sebanyak 22 karya Koleksi Himpunan Tetap BSLN diangkat menjadi Warisan Kebangsaan. Antara karya 'otai' tersebut seperti gambar dan keterangan di atas.


Wednesday, February 11, 2009

LAWATAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA (KSN) TAN SRI MOHD SIDEK HASSAN KE ARKIB KOLEKSI HIMPUNAN TETAP BSLN (REPOSITORI)





TEMPAT : ARKIB HIMPUNAN KOLEKSI TETAP BSLN (REPOSITORI)
MASA : 10.00 PAGI
HARI : KHAMIS
TARIKH : 08.01.2009
STAFF TERLIBAT : EN. AMERRUDIN, EN. FAIRUS,EN. BAKTIAR, EN. AZIZI, PN. SUBHATRA, EN. MOHD NAZEREQ & CIK SITI FARINA.

Pada hari Khamis, tanggal 08.012009, BSLN telah melakar sejarah tersendiri apabila Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah melawat BSLN. Lebih manis lagi Tan Sri KSN telah memasuki repositori BSLN untuk melihat dengan lebih dekat karya-karya Dato' Mohd Hoessien Enas yang dihadiahkan oleh Shell Malaysia kepada BSLN. Tan Sri KSN juga meninjau di sekitar kawasan repositori dan melihat kaedah dan cara penyimpanan karya koleksi himpunan negara. Sekalung pujian & tahniah dihadiahkan Tan Sri KSN kepada Pengurusan Koleksi yang telah berjaya dalam misi dan visi memelihara dan memulihara khazanah seni tampak negara. Sekian.

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Di harap Tan Sri KSN datang lagi.
by : ujang, khomis/12.02.2009/7.59am

Tuesday, February 10, 2009

PENYEDIAAN KARYA POSTER AWAL TAHUN 70an DAN 80an BSLN UNTUK KERJA DOKUMENTASI


Tempat : Bilik Dokumentasi BSLN
Masa : 11pg - 1.00 ptg
Staff terlibat : Pn. Subathra, En Azizi, En. Nazereq & Cik Siti Farina

Kerja-kerja menyemak senarai, mengukur dan meletakkan cording pada poster dilakukan. Sebelum kerja dokumentasi dilakukan, poster ini hendaklah dibiar dalam keadaan 'tidur' agar kerja dokumentasi berjalan dengan lebih mudah dan tidak merosakkan poster yang usia kesemua poster ini menghampiri 40 tahun dan 30 tahun. Kerja-kerja ini dilakukan dengan cermat kerana kebanyakan poster ini berkeadaan 'fragile'.

by : ujang, 1.05pm/Rabu/11.02.2009

PENYELIDIKAN KARYA NORMA ABBAS


Pada hari khamis bersamaan 5.2.2009, dua orang pelajar, Suzana Yiam dan Zuliana Selamat dari Jurusan Seni Halus UiTM Shah Alam telah datang ke Balai Seni Lukis Negara (BSLN) untuk membuat penyelidikan ke atas karya-karya Norma Abbas yang berada di dalam koleksi himpunan tetap BSLN. BSLN mempunyai 4 koleksi karya Norma Abbas dan hanya 3 daripada itu di bawa masuk makmal untuk penyelidikan tersebut. 3 daripada karya tersebut ialah :-

Muse Connected
2003
Akrilik & kolaj atas kanvas
116.8 x 116.8 cm
BSLN 2003.064

Tell Me Something
1982
Litografi
82 x 39 cm
BSLN 1989.001

2 Women
1995
Campuran
111 x 129 cm
BSLN 1998.062

Mereka memulakan penyelidikan pada pukul 10.00 pagi di dalam makmal konservasi BSLN dan berjaya menyiapkan segala penyelidikan pada pukul 5.00 petang. Penyelidikan ini diselia oleh En. Baktiar . Diharap mereka dapat membawa pulang seberapa banyak pengetahuan dan ilmu sepanjang berada di BSLN. Sekian.

by :- Mohd Nazereq Ishak, Selasa, 10.02.2009 (4.45pm)


Friday, February 6, 2009

MESYUARAT BAHAGIAN PEMBANGUNAN SENI, KOLEKSI DAN KONSERVASI BSLN, KPKKW KALI PERTAMA








TARIKH : 4 FEBRUARI 2009
MASA : 9.30 PAGI
TEMPAT: BILIK MESYUARAT EKSEKUTIF BSLN

Mesyuarat Bahagian Pembangunan Seni, Koleksi dan Konservasi (PSKK) ini kali pertama diadakan selepas pengstrukturan semula organisasi BSLN pada Oktober 2008. Bahagian PSKK ini wujud dari pengabungan antara Bahagian Pembangunan Seni yang dipimpin Puan. Faridah Hanim Abd Wahab (Kurator S44) dan Bahagian Pengurusan Koleksi & Konservasi yang dipimpin oleh En. Ameruddin Ahmad (Kurator S44) maka wujudlah Bahagian PSKK ini yang diterajui oleh En. Haned Masjak selaku Pengarah S52 bagi meneruskan legasi kecemerlangan BSLN sebagai pusat terunggul dan pemegang amanah warisan seni negara dalam misi mengumpul, memulihara, memelihara, mempamer, mempromosi, memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap seni kepada semua lapisan masyarakat.

Mesyuarat ini dihadiri 25 orang kakitangan PSKK manakala seorang staff tidak hadir dengan maaf. Dimulakan dengan kata aluan dari Pengerusi (En. Haned Masjak) dan seterusnya perkara-perkara yang menjadi agenda mesyuarat iaitu Struktur Bahagian PSKK, Program 2009, Latihan dan peperiksaan dibincangkan. Mesyuarat bermula pada pukul 9.30 pagi berakhir tepat pukul 12.00 tengah hari dengan Pengerusi menangguhkan mesyuarat pada masa dan tarikh akan datang.

by : Mohd Nazereq Ishak (ujang) - Jumaaat 06.02.2009,5.10pm

FIZIKAL INVENTORI KOLEKSI HISTORY AND BEYOND

Minggu ini,kami team koleksi yang terdiri daripada Azizi,Ujang, dan Farina sedang menjalankan proses penyemakan fizikal inventori koleksi History and Beyond.Proses ini akan diteruskan ke minggu hadapan.

Thursday, February 5, 2009

Lawatan ke studio Zulkifli Yusof


Zulkifli Yusof di studio

15 Januari 2009 :: Khamis :: 10.00 a.m :: Tanjong Malim, Perak

Lawatan ke studio pelukis Zulkifli Yusof di Tanjung Malim, Perak. Ia bertujuan untuk melihat karya instalasi terbaru pelukis di samping membuat sesi wawancara bersama krew Senicast untuk di muatkan dalam portal terbaru BSLN. Dihadiri oleh En. Amerrudin, En. Baktiar, En Noor Hisyam, En Yuzaini dan En Karthik.


Lawatan Perolehan ke Shalini Ganendra Fine Art Private Gallery

16 Januari 2009 :: Jumaat :: 11.00 am :: Shalini Ganendra Fine Art ,Private Gallery :: Lawatan Cadangan Perolehan Bil 1 /2009

Lawatan cadangan perolehan untuk bil 1/2009 telah dijalankan oleh urusetia perolehan ke sebuah galeri persendirian milik Pn. Shalini Ganendra di Petaling Jaya untuk melihat karya terbaru pelukis Yeoh Kean Thai yang di hasilkan ketika program Residensi di US.
Pelukis juga hadir dan memberikan kerjasama yang baik serta menerangkan mengenai karya beliau sendiri. Lawatan ini di hadiri oleh En Amerrudin Ahmad, En Baktiar , En Syahrul Niza Zaini dan En Karthik.


Wednesday, February 4, 2009

Lawatan Pelajar UiTM Segamat


29 Januari 2009 :: Khamis :: 12.00 pm :: Lokasi stor repositori

Lawatan pelajar seramai 6 orang mahasiswi daripada Fakulti Sains Maklumat, UiTM Segamat, Johor telah membuat lawatan ke stor repositori BSLN untuk mengetahui secara asas sistem pengendalian maklumat koleksi. Lawatan telah di kendalikan oleh En Baktiar  dan En Nazereq Ishak.

Hiasan Bilik Perdana Menteri


K.P BSLN bergambar kenangan dengan Perdana Menteri Malaysia
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.



06 Januari 2009 :: Selasa :: Hiasan Bilik Perdana Menteri

Karya pelukis Hoessein Enas yang bertajuk Bajau Horseman, North Borneo, 1963, Cat minyak atas kanvas, 120 x 95 cm, BSLN 2007.119 (H) (Dihadiahkan oleh Shell Malaysia) telah di gantung sebagai hiasan dinding di bilik Perdana Menteri Malaysia. Beberapa staf koleksi dan konservasi telah pergi membuat pemeriksaan suhu dan cahaya di lokasi yang dipilih untuk digantungkan lukisan bersejarah itu.

Staf yang terlibat ialah En. Azizi, En Zahut dan En Nazereq. Lawatan ini juga telah dihadiri oleh Ketua Pengarah BSLN Dr. Mohamed Najib Ahmad Dawa dan juga kurator konservasi En. Amerrudin Ahmad.