Blog ini adalah untuk mengemaskini aktiviti mingguan unit Pengurusan Koleksi BSVN.Pertanyaan lanjut sila hubungi BSVN di 603 40267 000.
Tuesday, June 1, 2010
KERJA-KERJA MEMBUNGKUS KARYA DARI PAMERAN ABUDANT, AUSTRALIA DI GALERI REKA
Pada 1 & 2 Jun 2010, bertempat di Galeri Reka, staff Koleksi dan Konservasi bergabung tenaga membungkus kembali karya2 Pameran Abudant, Australia.
Tuesday, April 20, 2010
TEMUBUAL DENGAN ARTIS MUDA - SAMSUDIN WAHAB (BUDEN)

Jumaat, 16 April , 2010
Temubicara secara tertutup ini telah disempurnakan oleh En Erry Arham, Kurator Pameran. Dengan kerjasama artis muda Samsudin Wahab tentang karya cetakan nya yang telah diperolehi BSLN pada tahun 2009. Secara langsung, pernyataan karya tersebut lebih jelas dan disimpan sebagai data arkival, mungkin akan berguna pada masa akan datang.
Tuesday, March 16, 2010
PENYEDIAAN KARYA REPRODUKSI DATO' LAT SEMPENA PAMERAN LAT 1MALAYSIA DI JOHOR BHARU
LAWATAN DARI YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA KE REPOSITORI BSLN
LAWATAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) KE REPOSITORI BSLN
LAWATAN PELAJAR UITM KE REPOSITORI BSLN
Wednesday, December 9, 2009
DOKUMENTASI DAN PENGAMBILAN KARYA DI STUDIO PELUKIS HUSIN HOURMAIN
PEMULANGAN KARYA KE RUMAH DATUK SYED AHMAD JAMAL
PENGHAKIMAN CATAN MURALIS 1MALAYSIA
Pada 17.9.2009 yang lalu, bertempat di Auditorium BSLN seramai 5 juri menghakimi pertandingan Catan Muralis 1Malaysia. Antara juri yang dijemput BSLN ialah En Chong Lai Tong, En. Ismail Mustam, En. Zulkifli Yusoff, En. Ahmad Fuad Osman dan En. Suhaimi Fadzir.
PERTANDINGAN CATAN MURALIS KONTEMPORARI 1MALAYSIA
Mural secara asasnya adalah merujuk kepada konsep pelaksanaan 'Public Art'. Kebiasaanya hasilnya sesuatu projek 'Public Art' adalah aktiviti yang diadakan di ruang awam, melibatkan interaksi orang ramai dan penghasilan karya seni yang kadang kala dapat direka cipta bersama, boleh dihasilkan secara gotong royong dan dinikmati oleh masyarakat secara terus.
Pertandingan ini terbuka kepada wargangara Malaysia tidak mengira umur dan latar belakang. Tema adalah berkaitan dengan wawasan 1Malaysia yang merangkumi perlakuan, sikap, tuturkata dan jati diri serta berkaitan dengan perkara-perkara yang murni dan positif yang dapat dijadikan teladan baik dan ikutan individu lain dan hendaklah mengandungi semua lapan nilai 1Malaysia iaitu Budaya Kecemerlangan, Ketabahan, Rendah Hati, Penerimaan, Kesetiaan, Meritokrasi, Intergriti dan Pendidikan.
Sejajar dengan hasrat YB Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk menjadikan luisan catan bersaiz besar yang mudah alih sebagai tarikan sentral masyrakat khususnya golongan muda dan peminat seni bagi menghayati konsep 1Malaysia wawasan YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia ke 6.
Tuesday, November 3, 2009
MAJLIS PENYERAHAN KARYA HADIAH DARI PELUKIS CEBU, PHILIPPINES
Isnin, 3.11.2009 - Bertempat di Galeri Dunia Seni Lukis, Cheras, satu Majlis Penyerahan Karya sebagai hadiah untuk Balai Seni Lukis Negara telah diadakan. BSLN diwakili oleh Tuan Pengarah PSKK, En. Haned Masjak telah menerima karya tersebut daripada pelukis-pelukis Cebu, Philippines. Sebelum majlis penyerahan karya berlangsung, satu acara sketch wajah En. Haned telah berlangsung. Seramai lima orang pelukis Cebu telah membuat sketch dari palbagai posisi (kiri,kana,depan dan belakang). Hasil sketch itu kemudianya dihadiahkan kepada Tuan Pengarah PSKK kita untuk dibuat hadiah kenang-kenangan buah tangan dari pelukis Cebu, Philippines. Kami dari Unit Koleksi mengucapkan terima kasih kepada Galeri Dunia Seni Lukis dan juga Artitscebuex atas hadiah yang diberikan. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.
LAWATAN WAKIL DARI BALAI SENI LUKIS KELANTAN KE REPOSITORI BSLN
Pada hari Khamis, 29.10.2009, lima orang wakil dari Balai Seni Lukis Kelantan yang dibarisi oleh Dato' Takiyuddin Hassan, YB. Zainuddin, En. Ruslan Yusof, Tn. Hj Ahmad Mahmood dan En. Azimin Omar telah membuat lawatan ke dalam repositori BSLN untuk melihat sendiri cara penyimpanan karya yang ada di dalam Himpunan Tetap Koleksi BSLN. Diketuai oleh En. Amerrudin Ahmad yang memberi taklimat & penerangan keseluruhanya kepada wakil rombongan. Kami dari Unit Koleksi merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil yang hadir. Selamat maju jaya kepada Balai Seni Lukis Kelantan.
Sunday, October 18, 2009
JAMUAN HARI RAYA BAHAGIAN KOLEKSI DAN KONSERVASI
Sempena Aidilfitri, Tim Knk menyambutnya dengan jamuan simple tapi enak dan memuaskan hati semua. Jamuan tertutup ini, di warnai dengan pelbagai juadah seperti nasi lemak fairus made in klang, mee sup pak mael bukit beruntung, kek lapis sarawak, kacang cap tangan, tembikai, pisang, kueh mueh..sungguh menyelerakan tapi sayang en. amer tiada ketika majlis berlangsung kerana beliau ke China atas arahan kerja..selamat menjamu selera
Wednesday, September 30, 2009
9 ARCA KOLEKSI HIMPUNAN TETAP BSLN DIPAMERKAN DI STARHILL GALLERY BERSEMPENA DENGAN ART FESTIVAL 2009 BERMULA 1 HINGGA 31 OKTOBER 2009
Joseph Liu dan Brother Baha sedang bergambar kenang-kenangan di arca Ahamad Osni Peii
Di Tingkat Indulge...4 arca dipamerkan...
En Bad, Bro Jep dan Bro Baha sedang bertungkus lumus memasang karya Tan Vooi Yam...korang memeng hebat!!!Rabu, 30.09.2009 - Sebanyak 9 arca Himpunan Tetap BSLN dipamerkan di Starhill Gallery sempenan dengan pameran Art Festival 2009 - PASSION. Antara arca yang dipamerkan di tingkat Adore, Starhill Gallery ialah LIM NAN SENG-Pain in The Toe, CHAN TECK HENG-Akhirnya!-The Last, MAD ANUAR ISMAIL-Keris Handle, AHMAD OSNI PEII-Carmina Burana dan ARIFFIN ISMAIL-Taming Sari III. Manakala di tingkat Indulge pula mempamerkan 4 buah arca dari MAD ANUAR ISMAIL-Calligraphy, 2 buah arca dari RAJA SHAHRIMAN RAJA AZIDDIN-Semangat Besi no.34 dan Nafas 36 dan arca seramik dari TAN VOOI YAM-Menara 96. Kesemua arca ini dibawa dari BSLN ke Starhill Gallery menggunakan perkhidmatan lori 3tan dari syarikat swasta beserta 2 orang pekerja. Trip ke Starhill Gallery ni diketuai oleh Assistant Curator, En. Baktiar dan dibantu oleh 3 staff Koleksi dan Konservasi iaitu Ujang, Brother Baha dan Brother Jep. Hasil kesabaran dan komitmen kerja, kesemua arca berjaya ditempatkan di Sathill Gallery dengan selamat dan meninggalkan 9 arca Himpunan Tetap BSLN untuk tatapan umum. Selamat Maju Jaya Art Festival 2009-PASSION!
Thursday, September 3, 2009
PENYIMPANAN TEKSTIL
Subscribe to:
Posts (Atom)


















