Tuesday, November 23, 2010

LAWATAN KE MAKMAL DAN REPOSITORI DARI KAKITANGAN GALERI SHAH ALAM


Staff Galeri Shah Alam di bawa masuk ke dalam Repositori BSLN

En. Amerrudin memberi taklimat mengenai skop kerja di makmal

En. Fairus Ismail memberi taklimat mengenai akses dan keselamatan repositori


24/11/2010, Rabu - Tiga orang kakitangan Galeri Shah Alam iaitu En. Anwar, Pn. Siti Nurani dan En. Khairulsani telah membuat lawatan ke Makmal dan Repositori BSLN. Terima kasih.

Wednesday, November 10, 2010

PEMULANGAN KARYA ZULKIFLI YUSOFF SEMPENA PAMERAN NEGARAKU-ZULKIFLI YUSOFF


21/10/2010 - Kerja-kerka pembungkusan dan penghantaran karya Zulkifli Yusoff sempena pameran solo beliau yang bertajuk Negaraku. Kepujian harus ditujukan kepada penyelaras kerja pembungkusan dan pemulangan karya ini iaitu En Azizi Othman dan pasukanya yang begitu komited menjayakan kerja ini sehingga selesai. Terima kasih juga kepada Kontarktor Pembungkusan - International Art Service kerana melakukan kerja dengan baik sekali.

STUDIO VISIT - DIN OMAR



KERJA-KERJA PEMBUNGKUSAN KARYA NASIR BAHARUDDIN



2/9/2010 - Staff Koleksi dan Konservasi pergi ke rumah Nasir Baharuddin untuk mengambil karya beliau yang menjadi koleksi Himpunan Tetap BSLN. Dokumentasi dan temuramah juga di buat oleh En. Musrizal Mat Isa, Kurator Konservasi BSLN.

Tuesday, November 9, 2010

PENERIMAAN KARYA CHEONG SOO PIENG


19.10.2010 - Penerimaan karya Cheong Soo Pieng (Karya Himpunan Tetap BSLN) yang selamat sampai ke BSLN setelah sebulan berpameran di Pulau Temasik. Segala urusan peminjaman dan penerimaan karya ini diuruskan dengan baik oleh En. Mohd Fairus Ismail, Pen. Kurator Bhg. Koleksi dan dibantu staff koleksi dan konservasi.

KERJA-KERJA PEMBUNGKUSAN KARYA INSTALASI ZULKIFLI YUSOFF, MERDEKA 57







Karya instalasi ini dipamerkan kepada umum di aras 1 BSLN (ruang lobi) bermula dari bulan Ogos 2010 yang lalu. Karya ini terpaksa di buka dan disimpan semula di daam repositori kerana kerja-kerja pengubahsuaian perabot dan meja di ruang lobi. Gambar di atas staff Koleksi dan Konservasi sedang melakukan kerja-kerja pembungkusan karya tersebut.