Tuesday, March 16, 2010

PENGHANTARAN KARYA SYED AHMAD JAMAL KE RUMAH BELIAU DI SUNGAI CHINCIN, GOMBAK




Kerja-krja membalut lakaran Datuk Syed Ahmad Jamal dengan menggunakan kertas bebas asid.

PENYEDIAAN KARYA REPRODUKSI DATO' LAT SEMPENA PAMERAN LAT 1MALAYSIA DI JOHOR BHARU


Pameran Lat 1Malaysia akan berlangsung di UTM, Skudai Johor pada 24 - 26 Mac 2010 yang dikurator oleh Pn Nurhanem Khairudin dengan kerjasama BSLN.

Tim Knk bekerjasama menyediakan pinjaman karya Lat bagi menjayakan pameran tersebut.

LAWATAN DARI YAYASAN KEPIMPINAN PERDANA KE REPOSITORI BSLN




Lawatan Rasmi ke Repositori BSLN oleh Yayasan Kepimpinan Perdana pada 8 hb Mac 2010 untuk melihat bagaimana BSLN menjaga dan memulihara karya Himpunan Tetap BSLN. Tujuan untuk membina repositori di Yayasan Kepimpinan Perdana kelak.

LAWATAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) KE REPOSITORI BSLN



Lawatan Belajar oleh siswa - siswi daripada Universiti Malaysia Kelantan pada 10 mac 2010 seramai 60 orang. Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan peranan Repositori dan Makmal Konservasi.

LAWATAN PELAJAR UITM KE REPOSITORI BSLN




Lawatan Penyelidikan daripada siswa - siswi UiTM Shah Alam untuk mengetahui tentang sistem yang digunapakai bagi metadata koleksi Himpunan Tetap BSLN.

Di bantu oleh En Azrul Amin dan En Azidi Amin Kolam.