Tuesday, November 3, 2009

MAJLIS PENYERAHAN KARYA HADIAH DARI PELUKIS CEBU, PHILIPPINES



Isnin, 3.11.2009 - Bertempat di Galeri Dunia Seni Lukis, Cheras, satu Majlis Penyerahan Karya sebagai hadiah untuk Balai Seni Lukis Negara telah diadakan. BSLN diwakili oleh Tuan Pengarah PSKK, En. Haned Masjak telah menerima karya tersebut daripada pelukis-pelukis Cebu, Philippines. Sebelum majlis penyerahan karya berlangsung, satu acara sketch wajah En. Haned telah berlangsung. Seramai lima orang pelukis Cebu telah membuat sketch dari palbagai posisi (kiri,kana,depan dan belakang). Hasil sketch itu kemudianya dihadiahkan kepada Tuan Pengarah PSKK kita untuk dibuat hadiah kenang-kenangan buah tangan dari pelukis Cebu, Philippines. Kami dari Unit Koleksi mengucapkan terima kasih kepada Galeri Dunia Seni Lukis dan juga Artitscebuex atas hadiah yang diberikan. Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan.

LAWATAN WAKIL DARI BALAI SENI LUKIS KELANTAN KE REPOSITORI BSLN


Pada hari Khamis, 29.10.2009, lima orang wakil dari Balai Seni Lukis Kelantan yang dibarisi oleh Dato' Takiyuddin Hassan, YB. Zainuddin, En. Ruslan Yusof, Tn. Hj Ahmad Mahmood dan En. Azimin Omar telah membuat lawatan ke dalam repositori BSLN untuk melihat sendiri cara penyimpanan karya yang ada di dalam Himpunan Tetap Koleksi BSLN. Diketuai oleh En. Amerrudin Ahmad yang memberi taklimat & penerangan keseluruhanya kepada wakil rombongan. Kami dari Unit Koleksi merakamkan ucapan terima kasih kepada wakil yang hadir. Selamat maju jaya kepada Balai Seni Lukis Kelantan.